Wednesday, April 7, 2010

MAJLIS RAMAH MESRA JKKKP BERSAMA PPPNPP PADA 17 MAC 2010

Pada 17 Mac 2010, satu majlis ramah mesra Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bersama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Painang (PPPNPP) telah diadakan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Azhar Bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga. Turut hadir ialah Tuan Nik Ali Bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Pulau Pinang, YB. Tuan Haji Shabudin Bin Yahya, ADUN Permatang Berangan, YB. Datuk Arif Shah Bin Haji Omar Shah, ADUN Seberang Jaya, YB. Dato’ Jasmin Bin Mohamad, ADUN Sungai Dua, YB. Dato’ Mahmud Bin Zakaria, ADUN Sungai Acheh, YB. Dato’ Haji Roslan Bin Saidin, ADUN Pinang Tunggal, Penyelaras-penyelaras Parlimen, Penyelaras-penyelaras DUN dan Pengerusi serta Setiausaha JKKKP seluruh negeri Pulau Pinang.

Di dalam ucapan aluan, Tuan PKN menyeru supaya JKKKP memainkan peranan yang lebih aktif dengan menyalurkan maklumat kepada ADUN atau Penyelaras DUN / Parlimen supaya segala permasalahan dan kehendak rakyat bawahan diketahui. Ini dapat membantu pihak kerajaan persekutuan dalam menyalurkan bantuan samada dalam bentuk pembangunan, pendidikan mahupun bantuan kemiskinan. Di dalam ucapan perasmian pula, YB. Dato’ Azhar Bin Ibrahim telah menerangkan bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan persekutuan seperti bantuan kepada orang miskin, orang kurang upaya (OKU) dan juga kepada nelayan sebanyak RM 200 sebulan walaupun tidak turun ke laut. Disamping itu, YB. Dato’ Azhar juga berharap agar JKKKP, ADUN, Penyelaras-penyelaras Parlimen dan DUN dapat bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam menjaga keselamatan, memenuhi keperluan masyarakat setempat dan mengatasi masalah yang mereka hadapi bagi mewujudkan persekitaran yang selamat.

Pada majlis tersebut juga, Penyelaras-Penyelaras Parlimen dan DUN telah diperkenalkan kepada semua JKKKP. Penyelaras-Penyelaras Parlimen dan DUN di beri peluang memperkenalkan diri masing-masing. Sesi pengenalan ini akan dapat membantu mewujudkan suasana kerja yang lebih arkab diantara JKKKP dan Penyelaras-penyelaras Parlimen dan DUN.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi penyerahan elaun bulanan daripada PPPNPP kepada semua pengerusi dan setiausaha JKKKP. Pengerusi menerima elaun sebanyak RM 450 manakala setiausaha menerima elaun sebanyak RM 200. Satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Puan Nuraishah Bt Mohamad Norodin, Ketua Seksyen Pembangunan Masyarakat dan Institusi berhubung dengan fungsi dan peranan yang perlu dimainkan oleh JKKKP dalam mengetahui permasalahan dan kehendak rakyat di akar umbi. Selain itu, En Osman bin Dolah Ketua Seksyen Kesejahteraan Rakyat, turut memberikan taklimat mengenai bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh PPPNPP kepada orang miskin yang berdaftar di dalam sistem e-Kasih dan bagaimana JKKKP dapat membantu dan bekerjasama dengan PPPNPP dalam mencapai sasaran sifar miskin tegar pada akhir tahun 2010. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.





1 comments:

azizisafar on April 16, 2010 at 6:55 AM said...

jaga kampung elok-elok

Post a Comment

 

My Blog List

Site Info

Followers

Dato' Roslan Saidin Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template