2008: Penang Excos should take 10% pay cut - Roslan Saidin
Datuk Roslan Saidin, the Barisan Nasional representative of Pinang Tunggal of Penang has called on the exco members of the state government to take a 10% pay cut if they are serious about helping the rakyat and that the money can then be used to help ease their burden. He said "Lim and all his state executive council members should take a pay cut instead of harping about their CAT (competency accountability and transparency) philosophy. The state has been talking about travelling economy class and all but what is it really doing for the people? The state is playing politics just for publicity's sake when it should be concentrating on improving the lives of the people," He added that "The previous administration had already been negotiating with all these foreign investors but now Pakatan is claiming credit," -Zen, Malaysia Today
azrialiasbob on February 16, 2011 at 8:26 AM
said...
Salam Datuk.Projek tebatan ini bagus tapi harap Datuk dapat usahakan supaya penduduk asal di tempat itu diberi kawasan yang berhampiran pinang tunggal juga bagi mengelakkan populasi melayu Pinang Tunggal berkurangan.Projek tebatan banjir dan projek landasan keretapi berkembar telah mengakibatkan ramai penduduk berpindah keluar khususnya orang Melayu.Saya juga berharap agar kesan sejarah Pinang Tunggal seperti Batas Jepun,Batu Terat dan juga Jambatan Keretapi dapat dikekalkan untuk tatapan sejarah http://penangtunggal.blogspot.com/2010_08_01_archive.html
Gagal Fahami Konsep Perkongsian Kuasa BN Punca Melayu Pulau Pinang Terpinggir
26 Ogos 2002
Kuala Lumpur -- Orang Melayu Pulau Pinang tidak akan mengalami nasib seperti apa yang mereka hadapi hari ini sekiranya semua pihak terutama kepimpinan negeri memahami konsep perkongsian kuasa yang diamalkan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Roslan Saidin berkata isu orang Melayu terpinggir sebenarnya sudah lama diperkatakan namun perkara ini seperti tiada kesudahannya.
Menurutnya, sikap saling menunding jari antara satu sama lain tidak akan menyelesaikan masalah kerana ia akan terus berulang seandainya pihak-pihak terbabit gagal mengenalpasti punca yang menyebabkan keadaan itu berlaku.
“Kita akui isu orang Melayu terpinggir ini berlaku disebabkan tiadanya pembangunan seimbang di samping hak-hak orang Melayu itu sendiri diketepikan. Di sinilah juga akan timbulnya keraguan mengenai konsep perkongsian kuasa yang sepatutnya jika dipratikkan secara jujur berupaya membawa faedah bersama.
“Pada masa yang sama, orang Melayu itu sendiri terutama mereka yang telah diberi tanggungjawab untuk memperjuangkan nasib orang Melayu di negeri ini perlu ikhlas dan sentiasa berusaha memperjuangkan hak-hak tersebut supaya jurang di antara mereka dengan kaum lain tidak terus membesar”, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya lagi, kehidupan masyarakat Melayu yang menjadi kaum minoriti di negeri ini sukar diperbaiki jika tidak ada langkah segera dilakukan bagi memperbaiki keadaan.
Malah, tambahnya, sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan ia boleh membawa kepada implikasi yang lebih buruk pada masa hadapan. “Malangnya setiap kali timbul isu tersebut semua pihak akan membuat tuduhan menyalahkan satu sama lain.
“Pemuda negeri berpendirian sikap sebegini rupa mesti dihentikan kerana tiada gunanya asyik bertelagah sedangkan perkara asas yang perlu diberikan perhatian tidak dilihat secara serius dan bertanggungjawab”, katanya.
Justeru, katanya lagi selain meminta kerajaan pusat campur tangan menyelesaikan perkara ini dengan lebih tegas pihak-pihak terbabit di dalam kepimpinan negeri juga terlebih dahulu perlu memahami sedalam-dalamnya konsep perkongsian kuasa dengan meletakkan kepentingan bersama mengatasi segala-galanya sebagai asas kepada kesejahteraan rakyat.
1 comments:
Salam Datuk.Projek tebatan ini bagus tapi harap Datuk dapat usahakan supaya penduduk asal di tempat itu diberi kawasan yang berhampiran pinang tunggal juga bagi mengelakkan populasi melayu Pinang Tunggal berkurangan.Projek tebatan banjir dan projek landasan keretapi berkembar telah mengakibatkan ramai penduduk berpindah keluar khususnya orang Melayu.Saya juga berharap agar kesan sejarah Pinang Tunggal seperti Batas Jepun,Batu Terat dan juga Jambatan Keretapi dapat dikekalkan untuk tatapan sejarah
http://penangtunggal.blogspot.com/2010_08_01_archive.html
Post a Comment